Friday, August 20, 2010

TAMADUN DUNIA 9

CONTOH SOALAN:

TEMA 7: Bincangkan sumbangan Marco Polo dan Ferdinand Magellen kepada penjelajahan dan penerokaan.

Penjelajahan bermaksud mengelilingi atau berjalan ke merata-rata tempat atau daerah. Penerokaan pula bermaksud menyelidiki, menjelajah, menjalani, menempuh dan mengharungi segala persekitaran. Penjelajahan dan penerokaan kuasa-kuasa Barat pada abad ke-16 M diasaskan oleh tiga faktor utama, iaitu agama(Gospel), politik(Glory), dan ekonomi(Gold). Antara tokoh pelayaran Eropah yang terkenal pada zaman ini ialah Marco Polo dan Ferdinand Magellan. Mereka telah banyak memberikan sumbangan kepada Eropah malulai penjelajahan dan penerokaan yang dilakukannya.

Marco Polo dan Ferdinand Magellen merupakan dua orang tokoh pelayaran yang terkenal dan banyak memberikan sumbangan besar dalam bidang penjelajahan dan penerokaan. Marco polo merupakan seorang pedagang yang berasal dari kota Venice di Itali. Beliau memulakan ekspedisi pertamanya dengan menyertai bapanya Nicolo Polo dan bapa saudaranya Maffeo Polo ke China pada tahun 1271.

Antara sumbangan yang dapat dilihat dilakukan oleh Marco Polo ialah membuat catatan tempat-tempat yang dilawati. Antara tempat-tempat yang dilawati oleh beliau semasa ekspedisi penjelajahan ialah Sumatera, Sri Lanka, Koromandel, Gujerat, Hormoz dan Constantinople. Marco Polo banyak menulis catatan mengenai tempat-tempat dilawati, membuat catatan tentang pertanian, rempah ratus, pertukangan, penduduk dan agama masyarakat.

Seterusnya ialah, sumbangan dalam penulisan kitab pengembaraan. Marco Polo menulis sebuah kitab berjudul ‘The Travels of Marco Polo’ ketika berada dalam tahanan di Genoa. Buku ini kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, Sepanyol dan Inggeris. Buku penulisan Marco Polo ini kemudiannya menjadi sumber rujukan bagi pengembara-pengembara Eropah khususnya dari Negara Sepanyol dan Portugal untuk melakukan ekspedisi penjelajahan dan penerokaan ke dunia luar.

Marco Polo juga turut memberi sumbangan dalam geografi. Ini dapat dilihat dalam penghasilan buku oleh beliau sendiri. Ilmu mengenai geografi turut dimuatkan didalam buku atau kitab yang dihasilkan oleh Marco Polo. Segala ilmu dan maklumat tentang geografi yang dimuatkan didalam buku ini membantu para pengembara Eropah dalam menjalankan misi penjelajahan dan penerokaan dan ia juga mendorong kepada penghasilan peta dunia yang lebih tepat.

Tokoh yang seterusnya ialah Ferdinand Magellen. Ferdinand Magellen ialah seorang pelaut, ahli geografi dan pengembara yang berasal dari Portugal. Beliau terkenal kerana beliau adalah orang yang pertama berjaya mengelilingi dunia. Beliau memperoleh kemahiran pelayaran ketika berkhidmat sebagai wizurai Portugis di India selama tujuh tahun. Beliau mempunyai pengalaman pelayaran di sekitar kepulauan melayu, Laut China Selatan dan kepulauan rempah.

Ferdinand Magellen memberi sumbangan dalam ilmu kelautan dan pelayaran. Ini dapat dilihat dengan pengalaman beliau dalam menjadi wizurai dan memperoleh kemahiran pelayaran. Tambahan juga beliau memperkembangkan lagi penggunaan alat kelautan seperti carta pelayaran(peta), astrolob, kompas dan sebagainya. Hal ini menyebabkan alat-alat ini menjadi satu kepentingan bagi pengembara-pengembara diseluruh dunia.

Seterusnya, Ferdinand Magellen juga memberi sumbangan dalam penemuan jalan kapal atau jalan perdagangan yang baru. Ini dapat dilihat apabila beliau melakukan pengembaraan ke kepulauan rempah ataupun dikenali sebagai Filipina. Ini jelas menunjukkan bahawa beliau dapat meneroka laluan kapal yang baru dan ini dapat dibuktikan lagi dengan wujudnya Selat Magellen.

Selain itu, Ferdinand Magellen juga memberikan sumbangan dalam penemuan tempat baru. Antara tempat baru itu ialah Cape Virgins, kepulauan Aldrone, dan Filipina. Penemuan tempat-tempat baru ini telah menggalakkan aktiviti perdagangan hamba oleh Portugis di Filipina. Ia juga mendorong kepada pembukaan jaringan aktiviti perdangangan antara Portugis dengan Filipina.

Kesimpulannya, Marco Polo dan Ferdinand Magellen merupakan ahli pelayaran yang telah banyak memberikan sumbangan yang besar dalam bidang pelayaran penjelajahan dan penerokaan. Marco Polo telah memberikan sumbangan yang besar dalam mendedahkan maklumat tentang kekayaan peradaban timur kepada masyarakat Eropah manakala Ferdinand Magellen merupakan tokoh yang berjaya berlayar mengelilingi dunia dalam tempoh tiga tahun.

3 comments:

  1. yoyo pagii..siap..kite bole masukkan marco polo 3 sumbangan lagi..peradaban timur[penggunaan wang kertas,asbestos,pembinaan blok,peleburan arang batu],merapatkan hubungan timur dan eropah[ekspedisi kerap berlaku akibat pelayar eropah berlumba-lumba nak meneroka dunia luar],mendorong pelayar eropah untuk menjalankan pnp[pelayar eropah terkenal columbus bermula menjelajah selepas membaca buku marco polo]...hehehe kasih..hebaat..yay=)

    ReplyDelete
  2. yeah.. pagiii~ meman pun.. bole masuk.. but kalau bole ambil yang senan untuk bagi huraian ye.. kalau soalan macam tak perlu bagi semua sumbangan pun.. hebat jia en.. :)

    ReplyDelete
  3. hehehe okok deal deal..dah fahaam byk lepaas diterangi kaau..azfar lihai..thankkiu haa..kalaau sempaat nak taau dikit pasal columbus pulaak bole arr..tolon tolon...yiii..malaam..=)

    ReplyDelete